Neuralstem Mengumumkan Pembentangan Data Klinikal untuk NSI-189 dalam Gangguan Kemurungan Major di Mesyuarat Tahunan American College of Neuropsychopharmacology Akan Datang

By , in PR PR California on .

GERMANTOWN, Md., Nov. 18, 2017 — Neuralstem Inc. (Nasdaq:CUR), sebuah syarikat biofarmaseutikal yang membangunkan rawatan baru untuk penyakit sistem saraf, hari ini mengumumkan bahawa data daripada Fasa 2 bagi kajian NSI-189 pada pesakit dengan gangguan kemurungan major akan dibentangkan di Mesyuarat Tahunan American College of Neuropsychopharmacology (ACNP) Ke-56, yang akan diadakan di Palm Springs, California dari 3-7 Disember 2017.
Butiran poster pembentangan adalah seperti berikut:Tajuk: Kajian Kawalan Plasebo, Dwibuta, Fasa 2 bagi Fosfat NSI-189, Sebatian Neurogenik Dalam Kalangan Pesakit Luar dengan Gangguan Kemurungan Major
Nombor Abstrak: M79
Tajuk Sesi: Sesi Poster I
Pembentang: George Papakostas, M.D., Massachusetts General Hospital
Tarikh dan Masa: Isnin, 4 Disember 2017, 5:30 PM – 7:30 PM PT (Waktu Pasifik)
Perihal Neuralstem
Neuralstem adalah sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang membangunkan rawatan baharu untuk penyakit sistem saraf bagi keperluan perubatan yang kerap tidak dipenuhi. NSI-189 adalah molekul kecil dalam pembangunan klinikal untuk kecelaruan kemurungan major (MDD) dan pembangunan praklinikal untuk sindrom Angelman, kecacatan kognitif yang disebabkan oleh penyinaran, diabetes Jenis 1 dan Jenis 2 serta strok.
NSI-566 adalah terapi sel induk yang diuji untuk rawatan lumpuh pada strok, kecederaan saraf tunjang kronik (cSCI) dan Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS). Portfolio calon produk Neuralstem yang berbilang adalah berdasarkan teknologi sel induk saraf proprietarinya.Kenyataan Peringatan Tentang Maklumat Masa Hadapan
Hebahan berita ini mengandungi “kenyataan masa hadapan” yang dibuat menurut peruntukan “safe harbor” bagi Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan masa hadapan seperti itu berkaitan dengan peristiwa masa depan, bukan masa lalu, dan mungkin sering dikenal pasti dengan perkataan seperti “berharap,” “menjangka,” “berhasrat,” “merancang,” “percaya,” “mencari” atau “akan.” Kenyataan masa hadapan menumpukan terhadap perkara yang, pada tahap yang berbeza, tidak pasti. Risiko dan ketidakpastian tertentu yang boleh menyebabkan keputusan sebenar kami berbeza dengan ketara berbanding yang dinyatakan dalam kenyataan masa hadapan kami termasuklah risiko yang wujud dalam pembangunan dan pemerdagangan produk berpotensi, ketidakpastian hasil percubaan klinikal atau pengizinan atau kelulusan peraturan, keperluan modal masa depan, pergantungan terhadap rakan usahasama dan penyelenggaraan hak harta intelek kami. Hasil sebenar mungkin berbeza secara ketara berbanding keputusan yang dijangkakan dalam kenyataan masa hadapan ini. Maklumat tambahan tentang faktor yang berpotensi yang boleh menjejaskan keputusan dan risiko dan ketidakpastian lain diperincikan dari semasa ke semasa dalam laporan berkala Neuralstem, termasuk Laporan Tahunan pada Borang 10-K bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 dan Borang 10-Q untuk tiga dan sembilan bulan yang berakhir 30 September 2017, difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC), dan dalam laporan lain yang difailkan dengan SEC. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini apa-apa kenyataan masa hadapan.
Hubungan:Kimberly Minarovich
Argot Partners (Hubungan Pelabur)
212-600-1902
[email protected]

The following two tabs change content below.
Sarah Thompson

Sarah Thompson

Sarah is a financial reporter, focusing on technology, national security, and policing. Before joining Daily Telescope she worked as a staff writer at Fast Company and spent two years as a foreign correspondent in Turkey. Her work has been published in Al Jazeera America, The Nation, Vice News, Motherboard, and many other outlets.
%d bloggers like this: